Friday, November 29, 2013

Majlis Perkahwinan

Salam hari jumaat 29 November 2013. 13 hari memegang status sebagai suami kepada diyana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Mudah2han segalanya dipermudahkan dan diperbaiki segala kelamahan yang ada.. Just nak berkongsi beberapa keping gambar sebagai kenangan. Sengaja letak dalam blog supaya lebih privacy. Malas sgt nk upload dalam FB.

let's have a look >

1.Sebelum berarak masuk






















Tuesday, February 12, 2013

Happy Engagement 2013

Tanggal 27 Januari 2013, satu fasa baru insyaallah bakal bermula...Perjanjian kasih antara aku dan diyana kini dipatrikan. Semoga apa yang diimpikan oleh kami berdua mampu tercapai dengan izin dariNya.Semoga kami mampu mengharungi segala macam dugaan sepanjang perjalanan mengimpikan kehidupan bahagia bersama. Beberapa keping gambar sebagai kenangan >>
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni sehari sebelum majlis. Drive dr perak ke pahang lebih kurang 6 - 7 jam. Singgah kat rumah makcik berehat
Beberapa keping gambar sebagai kenangan >> Ni masa majlis berlangsung
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


SUKE TGK MUKE ANAK BUAH MASA NI.. HEHE. BAIK JE DIA :)

Ni la Diyana. Semoga apa yang diimpikan kami dimakbulkan. Amiin


DI SEBALIK MAJLIS :) BEHIND THE SCENES




SIAN NAQEEB NUQMAN SMPAI TERTDO.



Terima kasih di atas doa dan ucapan kawan2. Semoga fasa berikutnya berjalan lancar.Insyaallah . . .

Thursday, March 3, 2011

Jangan mencari terlalu "SEMPURNA"

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

******
Mudah2han ayat ini mampu mengubah persepsi dan pemmikiran aku selama ini.....